Thursday, 17 January 2013

A tribute

Salam. Saya nak share something. Tapi tak tahu nak share kat siapa. So, cara terbaik saya share kat blog. Rindu. Satu perkataan yang sangat sesuai untuk saya sekarang ni. Rindu boyfriend? Sorry tu bukan saya. Dalam hidup saya cuma ada istilah suami tu pun nanti lah 7 tahun lagi. Ahakss.. Masih dalam perancangan lagi.. Mana tahu awal. Mana tahu lambat. Kerja Tuhan kan siapa kita untuk tentukan. Sepanjang 18 tahun ni baru saya kenal apa itu rindu. Dan saya juga kenal apa itu menghargai. Saya baru sedar kita perlu menghargai setiap masa yang kita luangkan besama-sama dengan mereka yang kita sayang. Dan masa tu tak boleh diputar kembali. Tulah silap saya jarang menghargai setiap masa saya bersama-sama mereka. Sekarang, nak melalak tak guna. Dah tua bangka nak melalak lagi. Teruk betul perangai.

Hobi saya yang terbaru, flashback. Suka flashback moment-moment saya bersama-sama mereka. Suka Duka. Tawa. Riang Ria Bersama. Aahhh semua tu terlalu indah buat saya. Terus terang saya cakap, hidup saya kosong tanpa mereka semua. Hidup saya tak ceria. Hidup saya bosan. Saya dah kenal mereka cukup lama. Cukup lama sehingga saya tak rela mereka pergi dari hidup saya walau seinci pun. Saya sayangkan ikatan suci ni. Terlalu sayang dan tidak tergambar oleh kata-kata. Saya nak meraka semua tahu yang saya sayangkan mereka. Dan saya nak kami semua sentiasa bersama, kala susah mahupun senang. Ketawa bersama. Menangis bersama. Bayangkan, usia persahabatan kami hampir 5 tahun. 5 tahun kami di kelas yang sama. 5 tahun kami makan di kantin yang sama, meja yang sama. Ke mana-mana pun bersama. Saya tak rela kami berpisah. Siapa mereka? Selain daripada parents dan family saya, mereka adalah sebahagian daripada hidup saya, mereka umpama darah daging saya. Allah telah mentakdirkan kami untuk berjumpa dan kemudian membina ikatan persahabatan yang cukup akrab. Saya bersyukur kepada Allah kerana dipertemukan dengan mereka semua.  Terlalu bersyukur. Terlebih hiperbola ker? Takpe lah supaya senang sikit korang nak buat gambaran.

Biar gambar berbicara:






Saya rindu makcik-makcik ni semua

Puteri Nurqamarina
Suriani
Laila Fadhillah
Deana Jamaludin
Hazira Nadiah
Rasyiqah

Monday, 3 December 2012

Salam. Syukur alhamdulillah karana Allah masih membenarkan saya bernafas hingga ke saat ini. First post after SPM malabuhkan tirainya. cehh udah-udahlah tu tak payah nak gramatis sangat yer. hahaha. Saya bersyukur dapat tamatkan spm dengan jayanya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar atas kehendak Allah. Dan pada masa yang sama saya masih lagi tak percaya yang saya dah tamatkan zaman persekolahan. Cepat sungguh masa berlalu. Rase macam baru semalam saya dilahirkan. hahaha. Banyak perancangan yang hendak dibuat tapi yang pasti saya berazam untuk menjadi seorang muslim yang  lebih baik dari sebelumnya. Insya-Allah amin. Doakan saya yer...Sekian. Assalamulaikum